Tidak jumpa apa yang dicari? Cuba Google Search:

Google
 
Web rajaadsense.blogspot.com



Saturday, September 30, 2006

Bagaimana untuk mempunyai Laman Web dot com?

Apa kahabar semua,

Saya sering menerima email tentang bagaimana nak buat laman web dot com (.com). Jadi kali ini,saya akan bercerita sedikit,bagaimana nak buat laman web macam ni.

Perkara pertama yang anda perlukan ialah Domain Names. Domain names ialah nama laman web anda.Sebagai contoh RajaAdsense.com dimana RajaAdsense adalah domain names.Kini lebih dari 8 Bilion domain names telah di daftarkan.Anda perlu mencari domain names yang belum didaftarkan oleh orang lain.

Perkara kedua,anda perlukan hosting.Hosting diperlukan untuk hostkan laman web anda.Apa yang kita buat akan dihoskan pada hosting tersebut.
Anda boleh menyemak domain names di Sini.

Hosting juga yang ditawarkan jugak berpatutan disamping server yang laju dan support yang bagus.Anda tidak memerlukan banyak space untuk membina laman web. Cukupla 200 MB sudah memadai.Jika tak cukup,anda boleh tambah kemudian.

Pakej yang ditawarkan juga bagus iaitu unlimited bandwidht,SQL,email dan banyak lagi yang diperlukan dalam membangunkan laman web kita.Anda boleh dapatkan di Sini.

Sampai disini dahulu posting kali ni.

Semoga berjaya!!

Monday, September 25, 2006

Adsense Masih Hidup!!!

Joel Comm telah membalas kembali tuduhan Adsense Mati..Beliau juga mengeluarkan E-Book Adsense is Alive.

Beliau telah menjawab semua tuduhan yang dibuat oleh Penulis Death of Adsense dan Life After Adsense.

Beliau menemplak mereka yang membuat laman web yang tidak berkualiti dan menharapkan pulangan yang tinggi terutama terhadap Keyword yang bernilai tinggi yang menyebabkan lambakan laman web tentang benda yang sama dan kandungan yang sama di internet.

Beliau juga mengatakan pendapatan beliau langsung tidak terjejas malaha semakin meningkat.Pendapatan beliau pada bulan OGOS 2006 adalah melebihi $26,000 malah semakin meningkat.

Beliau jugak menyatakan Google telah mengumumkan pendapatan suku Kedua 2006 Google iaitu $2.46 Bilion dimana $1 Bilion dari program Adsense.Ia iaitu peningkatan 58% berbanding suku yang sama pada tahun 2005.

Jadi,anda masih merasakan Adsense dah MATI???Bagi saya,Adsense akan terus berkembang dan Google akan terus berkongsi pendapatan mereka kepada semua yang betulĀ² komited dalam membuat wang dengan Google Adsense.

Anda Boleh download ebook Joel Comm di Sini.

Sunday, September 24, 2006

Dulu Adsense Mati? Kini Hidup selepas Adsense

Apa khabar semua,

Pertama,Saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yang beragama Islam.Semoga kita dapat menghayati dan mendapat keberkatan pada Ramadhan kali ini.

Apa yang ingin perkatakan kali ialah ebook terbaru oleh Penulis ebook Adsense Mati (Death of Adsense). Ebook terbaru beliau ialah Hidup selepas Adsense (Life After Adsense).Pada awalnya saya jangkakan beliau akan menjual ebook tersebut.Rupanya dia bagi percuma jugak..Siap bagi komisen kepada mereka yang refer & download ebook tersebut..Tapi ia sehingga 26hb atau pagi 27hb waktu malaysia ni je yang dapat komisen.Ada 2 hari lagi la..

Okla.Apa yang saya nak perkatakan ialah ebook ini sangat bagus.Penulis ini menyarankan kita mengunakan Google Adwords sebab oleh Smart Pricing. Smart Pricing sebenarnya menguntungkan Advertiser Adwords tapi merugikan Publisher Adsense.

Smart pricing boleh dikatakan denda/penalti yang google kenakan site yang mengandungi content/kandungan yang tidak berkaitan dengan Ads.Jika dahulunya ia berharga tinggi seperti USD5 per click tapi ia boleh turun sehingga USD0.02 per click. Cukup menyeksakan bagi publisher Adsense termasuk saya sendiri.

Jika mereka mengunakan taktik dan teknik yang betul dengan Adwords mereka boleh mendapat keuntungan sehingga 800% dengan senang.

Untuk dapatkan Ebook Percuma ini.Anda boleh dapatkan di SINI.

Semoga Success Sokmo!!

Monday, September 18, 2006

Adsense Mati???

Ramai orang mintak saya komen pasal ni..Jadi saya komen la..Atas permintaan ramai.

Adsense Mati jika

1.Jika anda mengangap Adsense sebagai jalan untuk cepat kaya. Ini yang terjadi kat mereka yang klik sendri Adsense dia. Insyaallah kene ban la mereka buat macam ni.Jangan harapla nak buat duit jika dah kene ban..

2.Jika anda pentingkan Adsense lebih dari pelawat laman web anda. Pastikan kehendak pelawat laman web anda dipenuhi. Tanpa pelawat,tiada klik pada Adsense anda.

3.Jika mengunakan teknik salah. Jangan gunakan cara yang dilarang oleh Google dan jugak enjin carian. Teknik Black Hat SEO atau perkara perkara lain seperti autosurf,manual surf dan sebagainya akan menyebabkan Adsense anda "mati" sebab kene ban.

Tiada jalan singkat dalam Adsense ni.Saya sendiri mengambil masa 7 bulan untuk mendapat cek pertama saya dulu.Tapi jika site anda sudah establish,xde masalah la lepas tu.

Adsense sebenarnya tak mati. Hanya gempak je.Ia adalah satu peringatan buat mereka yang terlalu bergantung kepada Adsense.Apa yang anda boleh buat jika program Adsense ditutup buat selama lamanya???hehehehe...

Disini la fungsinya untuk menambahkan cabang pendapatan anda.Multiple Source Income kate orang putih.Jangan hanya bergantung kepada Adsense,anda boleh selitkan Affiliate bersama sama dengan Adsense. Jadi,ia menjadi 2 dalam satu.

Tapi pada pandangan saya,melihat kepada prestasi Google sekarang agak mustahil Adsense akan ditamatkan. Adsense merupakan program Google yang paling berjaya menaikkan nama Google malah meninggalkan semua pesaing mereka. Malah menjatuhkan kebanyakan enjin carian yang lebih lama dari Google.

Google kini sukar digugat. Malah kini Yahoo dan MSN jugak mula mengambil langkah membuat program seakan akan Google Adsense.Tapi ia tidak mustahil ia akan "mati" suatu hari nanti.Jadi fikir fikirkan la ye..

Anda boleh dapatkan ebook Death of Adsense di Sini sebagai bahan bacaan tambahan.

Tuesday, September 05, 2006

Content is King?Anda salah!

Ok.Hari ini saya akan bercerita tentang content atau kandungan.(bukan baby):P. Apa yang saya maksudkan ialah kandungan laman web. Anda percaya KANDUNGAN adalah RAJA? seperti orang selalu sebut. Anda sebenarnya salah.

Kandungan bukanlah Raja!Ada yang lebih bagus dari content. Benda tu adalah "unique content" atau kandungan yang unik.Content dan Unique content adalah benda berlaianan. kalo content,anda boleh copy dan guna dan kongsi dengan berjuta juta orang lain. Jika unique content, hanya anda sahaja yang ada. Ini yang membuatkan laman web adalah "RAJA" di enjin carian.

Jika laman web atau blog anda mempunyai kandungan yang unik.Anda tidak perlu risau tentang ranking di enjin carian. Ini adalah kerana anda pasti akan mendapat kedudukan yang baik.Maybe pada kedudukan Top 10 pada enjin carian. Konsep ini yang saya cuba terapkan kepada anda semua jika ingin berjaya dengan Google Adsense!.

Sampai disini dulu ye..

Saturday, September 02, 2006

Adsense: Duit percuma dari Internet

Ada diantara anda masih tidak tahu tentang apakah itu Google Adsense.Saya akan cuba terangkan sedikit mengenainya.Google Adsense merupakan satu program perkongsian pendapatan dari pengiklanan di Google. Anda tahu apa itu Google?

Kalo tak tahu apa itu Google,anda memang anda ketingalan 10 tahun ke belakang..Google adalah enjin carian terbesar di dunia pada masa ini. Kita selalu mengunakannya untuk mencari maklumat tapi tak tahu kita boleh buat duit dengannya..Nak tahu bagaimana?

Kalo nak tahu beli lah Panduan Raja Adsense kerana saya menulisnya dengan bahasa yang mudah beserta dengan gambar.Ramai yang berkata pada saya "Saya tak reti la nak buat laman web".."Saya bukan orang IT,manala saya tahu nak buat benda ni" atau apa sahaja alasan anda.Anda sebenarnya menafikan hak anda untuk membuat wang di internet. Ianya WANG PERCUMA kerana anda tidak perlu membayar untuk menyertainya.

Ramai yang bukan berlatarkan IT yang menjadi pelanggan saya kini berjaya membuat wang dengan Google Adsense walaupun 1 sen.Walaupun 1 sen,ianya dalam Dollar bukan Ringgit.Anda boleh menceritakan hobi anda diinternet dan dibayar.Inilah yang dikatakan menulis boleh jadi kaya dalam Majalah Al-Islam.

Bagaimana Google bayar?Soalan yang sering ditanya kepada saya..:).Google akan menghantar cek kepada anda.Ke alamat rumah anda setelah anda mencapai USD100.Tak kira la berapa lama yang anda ambil,setelah cukup USD100,Google akan menghantarnya.

Jadi kenapa mencipta pelbagai alasan?Peluang di depan mata.Anda cuma hanya perlu berusaha mengambil peluang yang tersedia didepan mata. Berhentila mencipta alasan,marilah kita mencipta peluang untuk mendapat duit tambahan di internet!

Anda boleh membeli Panduan Raja Adsense di http://www.rajaadsense.com/buy.htm